sebagai tanda kesyukuran, sama ada mendapat sesuatu nikmat and terhindar dari malapetaka. Melakukan sujud Syukur adalah sunat. Antara dalilnya ialah hadis dari Abu Bakr r.a.: "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w., biasanya apabila menerima berita yang menggembirakannya, baginda terus sujud kepada Allah s.w.t". (Riwayat AbuDaud). however, menurut Imam Al-Ramli, sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama (tak sure lak how lama is lama).
Cara sujud:
Cara sujud Syukur sama seperti cara sujud Tilawah di luar sembahyang iaitu:
1. Duduk menghadap kiblat.
2. Takbiratul-ihram dengan niat, untuk sujud Syukur.
3. Sujud sekali sahaja.
4. Duduk semula selepas sujud beserta takbir.
5. Memberi salam.
Syarat sah sujud:
1. Suci daripada hadas (besar dan kecil)
2. Suci daripada najis (pada badan, pakaian, tempat duduk dan tempat sujud).
3. Menutup aurat
Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:
Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.
Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)
**so many good things happen to me, yet I simply just blurt out "Alhamdulillah". may we get something beneficial from this post
**semoga menjadi amalan
**source 1
**source 2
0 comments:
Post a Comment